Nama pasangan selebriti terkenal, Noh Salleh dan Mizz Nina sejak semalam hangat diperkatakan selepas mengesahkan mereka sudah pun bercerai talak satu. Berita tersebut ternyata mengejutkan industri hiburan tanah air apatah lagi ramai yang mengagumi pasangan tersebut.
Berita itu turut mendapat perhatian pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA. Menerusi satu perkongsian di Twiter, Diva AA menyifatkan perpisahan seperti itu sudah menjadi trend artis.
Semalam timbul dakwaan mengatakan Mizz Nina dan Noh telah bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur. Bagaimanapun, kedua-duanya mengesahkan mengenai perceraian mereka di laman Instagram masing-masing pada malamnya.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment