06 August 2022

LUAHAN DI IG - JASMIN HAMID KATA SEKADAR PERKONGSIAN UMUM, BUKAN TUJU PADA SESIAPA



Pelakon Jasmin Hamid menerusi beberapa perkongsian di Instagram miliknya pada Rabu, telah meluahkan perasaan seakan-akan tidak berpuas hati dengan seseorang.


Jasmin menulis beberapa hantaran di IG story tentang individu yang dikatakan terlalu sibuk dengan hal orang lain sehingga terlupa akan kebajikan keluarga sendiri.

"Kenapa sibuk sangat kejar syurga dan pahala di luar sehingga dua pintu syurga yang ada dalam rumah sendiri kita abaikan? Berbakti dengan orang luar kerana ingin disanjung oleh manusia sehingga terlupa untuk berbakti kepada ibu bapa sendiri," tulisnya.

Ditanya mengenai posting yang dimuat naik, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, bagaimanapun enggan mengulas lanjut hal berkenaan dan memberitahu luahan itu sekadar perkongsian umum dan terpulang jika ada pihak yang terasa hati dengan penulisan tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Saya hanya cakap tentang apa yang berlaku di sekeliling. Perkara dah berlaku biarkanlah. Kalau ada yang tahu mereka akan faham. Apa yang boleh saya katakan jangan terlalu poyo tetapi diri sendiri tunggang-langgang. Jagalah keluarga sendiri dahulu," katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, berhubung keadaan kesihatan terkini selepas terkena serangan jantung sehingga dimasukkan ke hospital pada awal Jun lalu, Jasmin berkata, dia kini sudah kembali bekerja seperti biasa dan akan menunggu untuk melakukan rawatan susulan pada Februari tahun hadapan.

Dalam masa sama, Jasmin turut meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah pihak yang seakan lebih tahu akan kondisi dirinya dan menganggap jadual kerja menjadi punca dirinya terkena serangan jantung.


"Setakat ini doktor maklumkan jantung saya masih baik dan jika terkena serangan lagi akan segera dapatkan rawatan. Sekarang saya makan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.

"Ramai yang cakap saya stress sebab banyak kerja. Sebenarnya kalau tidak kerja lagilah stress. Mereka tidak tahu masalah saya dan mudah buat kesimpulan.

"Serangan jantung saya saya alami ini bagaikan satu kesalahan besar. Kalau sekadar bercakap tanpa membantu, lebih baik diam sahaja. Syukur saya boleh bekerja seperti biasa. Selagi mampu saya akan terus bekerja," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: