06 August 2022

TERIMA DOA & SOKONGAN RAMAI - MIZZ NINA RASA TERHARU



"Terima kasih atas cinta, doa dan sokongan terhadap Noh, Baby Musa dan saya. Oh Allah, jadikan saya lebih baik daripada apa yang mereka fikir mengenai saya, ampunkan saya mengenai apa yang mereka tidak tahu mengenai saya, dan jangan menilai saya disebabkan apa mereka cakap mengenai saya," demikian kongsi selebriti Mizz Nina, 42, yang terharu dengan doa dan sokongan ramai yang diterimanya susulan berita perceraiannya dengan penyanyi Noh Salleh, 37, kelmarin.


Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman tampak tenang berdepan dugaan itu dan turut berkongsi surah meminta doa menerusi Instagram Story. Sejak mengumumkan perpisahan mereka, bekas penyanyi itu terus dihujani komen-komen sokongan daripada pengikut serta rakan industri.

Antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Ummi Nazeera, Sarimah Ibrahim, Daphne Iking, Puan Sri Tiara Jacquelina, Ajak Shiro, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, pasangan terbabit menerusi Instagram masing-masing telah mengesahkan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, baru-baru ini.

Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh berkata, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik: "Selepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik," katanya.

Menurut Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan berkata, dia dan Mizz Nina sudah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: