07 August 2022

BILA NETIZEN BANDINGKAN PUTERI SARAH DENGAN MIZZ NINA: "KAU KECOH! RETI BUKA AIB SUAMI JE"



Ramai warganet serta rakan selebriti yang lain menitipkan kata-kata semangat buat Mizz Nina yang baru-baru ini telah bercerai dengan suaminya, penyanyi Noh Hujan. Berita perpisahan pasangan selebriti itu sememangnya membuatkan banyak pihak yang terkejut.


Tidak lupa juga, pelakon yang sejak kebelakangan ini namanya sering terlihat di serata platform media gara-gara berita rumah tangga yang bergolak iaitu Puteri Sarah meninggalkan kata-kata semangat buat Mizz Nina.

Hal terbabit telah menarik perhatian warganet lebih-lebih lagi Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin sememangnya mengidolakan Mizz Nina.

Klik untuk gambar besar



Biarpun mempunyai niat baik untuk memberi semangat kepada rakan selebriti, kebanyakkan netizen mempunyai pandangan yang berbeza hinggakan mereka membuat perbandingan di antara dua selebriti itu.

Ada di antara warganet berkata, Puteri Sarah tidak perlu sibuk dengan hal Mizz Nina dan hanya perlu jaga diri sendiri yang kian hari didakwa sering mengaibkan suami sendiri di platform media sosial untuk raih perhatian.

Untuk makluman,, setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama, Mizz Nina dan Noh Hujan ambil keputusan untuk membuat haluan sendiri. Pengumuman berkenaan juga dilakukan secara serentak di laman Instagram masing-masing.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: