07 August 2022

IRA KAZAR MUAT NAIK 'SELFIE' TUNJUK CINCIN TERIMA KECAMAN WARGANET



Baru-baru ini menerusi akaun media sosial, anak perempuan kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar telah memuat naik sekeping gambar dimana dia memakai sebentuk cincin di jari manis.


Perkongsian Ira itu telah mendapat perhatian warganet. Gambar itu turut dikongsikan di Facebook oleh sebuah portal dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Susulan perkara tersebut, ramai yang membuat spekulasi tentang hubungan Ira bersama pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang sehingga kini berdiam diri tentang status perhubungan mereka.

Klik untuk gambar besar



Oleh sebab itu, ramai warganet mula memberikan pelbagai respons negatif mempersoalkan kemampuan Ira untuk membeli sebentuk cincin dan telefon pintar yang mahal sedangkan dia didakwa tidak bekerja.

Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan bahawa cincin itu diberikan oleh Syamsul sendiri dan ramai yang mengecam Ira kerana dianggap sebagai 'penyondol' rumah tangga pelakon itu dan isterinya Puteri Sarah.

Sekadar informasi, Puteri Sarah memfailkan saman ke atas Ira Kazar pada 26 Jun lalu kerana didakwa menganggu kehidupan aktres berkenaan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: