07 August 2022

MESRA SALING BERBALAS-BALAS NYANYIAN - VIDA & IQBAL DAH GETBACK KE?



Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida dan Iqbal Zulkefli sebelum ini sentiasa menjadi topik hangat orang ramai.

Seperti yang kita sedia ketahui, hubungan percintaan antara mereka sudahpun berakhir.


Namun, baru-baru ini tular pula sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok memaparkan dua usahawan berkenaan di sebuah set penggambaran.

Menerusi video tersebut, Vida dan Iqbal dilihat mesra berduet dan saling berbalas nyanyian ketika sesi penggambaran berlangsung.

Klik untuk gambar besar



Malah, mereka berdua turut dilihat menyanyikan lagu single masing-masing berjudul 'Hujan' dan 'Ku Ikhlaskan' yang sebelum ini diinspirasikan oleh kegagalan hubungan percintaan mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua usahawan itu dan menyifatkan mereka sebenarnya sepadan dan sesuai bersama.

"Nikah jela memang sesuai dua ni." - "Kisah cinta episod mereka brsambung lagi.. bebaskan kami.. penatlah macam ni,” tulis seorang pengguna TikTok.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: