29 August 2022

AL-FATIHAH - IBU PELAKON ZULKIFLI ISMAIL KEMBALI KE RAHMATULLAH



Kira-kira jam 4.00 petang Ahad, ibu kepada pelakon Zulkifli Ismail iaitu Hajah Mariam Saad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang pada usia 80 tahun.


Berita duka tersebut telah dimaklumkan pelakon itu menerusi hantaran terkininya di laman Instagram miliknya.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Mak saya Hajah Mariam binti Saad atau lebih dikenali sebagai Che Basah telah kembali ke rahmatullah. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang pukul 4.00 petang tadi. Allahyarhamah berusia 80 tahun.

"Sama-samalah kita doakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan rohnya bersama-sama roh orang beriman. #ibu #mak #innalillahiwainnailaihirojiun," tulis Zulkifli.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan artis menulis kata-kata semangat seterusnya menitipkan ucapan takziah buat Zulkifli seisi keluarga.

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan roh mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: