29 August 2022

DJ LIN NAFI AMBIL SHUIB KERANA NAK BALAS DENDAM - NETIZEN TAK SUKA PELAWAK ITU JADI DEEJAY, SIAP KATA BINGIT



Semua sedia maklum pelawak Shuib Sepahtu telah mengisi kekosongan tempat penyampai radio yang sebelum ini merupakan milik Fizi Ali. Bagaimanapun, timbul tanggapan Suria FM mengambil Shuib menjadi penyampai baharu stesen itu kerana mahu membalas dendam.


Namun begitu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau dikenali sebagai DJ Lin tampil menafikan tanggapan berkenaan dan berkata, pihaknya tidak pernah memikirkan soal itu selain ia strategi untuk meningkatkan kedudukan stesen dan jumlah pendengar.

"Ini bukan episod nak membalas dendam. Saya mewakili pengurusan tak ada nak fikir balas dendam. Biar orang buat kita macam mana pun, kena fikir positif. Paling penting kena jaga radio kita dengan baik, jaga kandungan kita dengan baik, jaga penyampai dengan baik, jaga kelakuan dengan baik dan dalam masa sama terus pancing lebih ramai lagi pendengar yang mungkin sebelum ini mendengarkan radio lain, pancing lagi dengar Suria FM.

"Bercakap adakah pemilihan Shuib untuk balas dendam, bagi saya tak setuju dengan kenyataan itu. Kerana bagi saya, sebagai stesen radio swasta, sudah semestinya jumlah pendengar dan 'revenue' sangat penting. Dua eleman ini saling berkait rapat. Memang menjadi satu kewajipan buat kami, saya dan pengurusan Suria FM.

Klik untuk gambar besar



"Jadi misi kami adalah, alang-alang kita dah bawa masuk orang kita nak menang. Itu saya punya prinsip. Dan saya percaya anak-anak buah saya di Suria FM juga punya prinsip sama," katanya.

Dalam masa sama, DJ Lin yakin Suria FM memperbaiki kedudukan dan mampu pergi lebih jauh.

"Jadi kalau imbas pencapaian Suria FM beberapa tahun lalu, kami di kedudukan kelima dalam ranking stesen radio berbahasa Melayu. Alhamdulillah bantuan Allah dan komitmen padu semua di Suria FM, kita berjaya naik tangga keempat. Jadi, seterusnya takkan kita nak nombor empat saja.

"Kami sangat percaya, Suria FM ini kalau kena dengan caranya, bukan saja nombor tiga, tapi mungkin atas lagi boleh pergi. Saya sangat yakin. Pada masa sama kita mengatur strategi. Kita kena pastikan kita ada pemain terbaik, konten terbaik, lagu terbaik, insya-Allah kita boleh pergi. Ada rezeki atas lagi.



"Misi kami nak naikkan 'ranking' Suria FM. Sebab kita nak masuk 'survey' pada 11 September ini. Misi kami Insya-Allah pada 'servey' hujung tahun ini kita mengharapkan dengan kemasukan Shuib juga, dengan program kami bersama, kita berjaya memintas stesen radio di atas kita dan meninggalkan jauh dia di sana," jelasnya.

Sementara itu, biarpun ramai berasa gembira melihat kemunculan Shuib sebagai penyampai radio semula, namun ada juga beberapa netizen kurang senang melihat pelawak tersebut mengganti tempat Fizi dan merasakan ada orang lain yang lebih layak daripada dia.

Bukan saja itu, malah netizen turut mendakwa segmen Morning Morning Suria akan menjadi lebih 'bingit' dari yang sebelum ini selepas kemunculan Shuib.

Selain itu, warganet merasakan pihak radio asyik mengambil orang yang sama tanpa memberi peluang kepada 'budak-budak baru' untuk mengasah bakat mereka menjadi penyampai radio.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: