29 August 2022

KENYATAAN NABILA HUDA ISU KONSERT - PENDAKWAH BEBAS, PU SYED TAMPIL BIDAS



"Saya tetap dengan pendirian menentang kemungkaran yang berlaku dalam negara kita, Malaysia. Kita tidak mahu menjadi punca kemaksiatan kepada Allah SWT. Bukan bermakna tentangan ini kita tidak matang tetapi kita matang dalam menilai sesuatu itu baik atau buruk.


Demikian ujar Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak menerusi sebuah video yang dikongsi di Instagram dimana dia tampil membidas kenyataan pelakon Nabila Huda berhubung isu konsert penyanyi antarabangsa di negara ini.

Sebelum ini, Nabila menerusi Twitter miliknya telah memberikan pandangan berhubung cadangan protes penganjuran konsert tersebut dimana dia menyifatkan ia sebagai langkah tidak matang.

Selain itu, Nabila dalam masa sama turut meluahkan pendapat bahawa masih ada perkara lebih penting boleh diberi perhatian berbanding penganjuran konsert artis antarabangsa di negara ini.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, PU Syed menjelaskan kematangan seseorang itu sebenarnya terletak kepada kefahaman mereka terhadap perintah dan larangan Allah SWT. Jelasnya, tentangan yang dibuat bukan bererti tidak matang tetapi kematangan seseorang itu apabila mampu menilai sesuatu perkara sama ada baik atau pun sebaliknya.

Tambah Syed, hidup seseorang manusia bukan lakonan tetapi adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah dan larangan-Nya yang perlu dilaksanakan dan ditinggalkan.

Syed turut mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana memanggil orang yang menentang kemungkaran sebagai tidak matang. Pendakwah itu turut meminta Nabila bermuhasabah diri dan jangan meludah ke langkit kerana bimbang terkena ke muka sendiri.



"Puan Nabila mungkin terlebih matang bila mana tuntutan Allah untuk menutup aurat masih lagi gagal dilaksanakan kecuali dalam lakonan semata-mata. Hidup kita bukan lakonan, hidup kita adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah-Nya yang perlu kita laksanakan.

"Ada larangannya yang perlu kita tinggalkan. "Maka muhasabah diri Puan Nabila. Jangan meludah ke langkit, takut merecik ke muka sendiri," katanya.

Terdahulu, PU Syed menyatakan bantahan terhadap penganjuran konsert kumpulan Kpop Blackpink yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Mac tahun hadapan. PU Syed turut merancang untuk mengadakan himpunan bantahan sekiranya konsert tersebut masih diteruskan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ahmad Fadhil Shaari turut membangkitkan isu sama dan menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk menggerakkan bantahan sama jika tuntutan itu tidak diendah.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: