29 August 2022

DISURUH PERGI 'M*MPOS' DEK KERANA BUKA TUDUNG - INI KOMEN BALAS ELYANA



Penyanyi Elyana yang sebelum ini cepat 'panas' dengan komen ditinggalkan netizen terhadapnya itu kini dilihat memberikan reaksi positif kepada salah seorang individu yang mendoakan agar dirinya mati dengan alasan tidak tahu mensyukuri nikmat Allah.


Difahamkan, individu terbabit berbuat demikian kerana berasa kurang senang melihat penampilan baharu Elyana yang tidak lagi mengenakan hijab selepas pulih daripada penyakit kanser.

Berkongsi perkara itu di laman Instagram, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, mendoakan semoga individu berkenaan sentiasa berada bawah lindungan Tuhan di dunia dan akhirat.

"Semoga awak dipanjangkan umur, dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat," katanya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu turut mendapat sokongan pengikutnya apabila rata-rata menyifatkan tindakan individu terbabit keterlaluan dan melampaui batas.

"Komen dia macam maksum sangat. Tidak faham dengan manusia yang macam tu. Risau."

"Orang komen seperti ini lebih kepada dendam kesumat daripada dakwah damai Islam. Tidak tahu apa yang dia buat, dia tidak tenang sebegitu. Abaikan saja. Satu tidak suka beribu lagi suka."

"Tidak baik cakap begitu. Doakan baik-baik. Insya-Allah yang baik-baik akan datang kepada diri sendiri juga," antara komen-komen peminat Elyana di Instagram.



Meskipun begitu ada juga yang menyebelahi pihak individu tersebut dengan berpendapat teguran tersebut tetap berasas.

"Cara yang kasar tetapi apa yang cuba nak sampaikan tersirat perkara yang betul. Awak juga fikir apa yang telah awak lakukan.

"Untung kak ada wakil malaikat datang komen. Mesti ramai wakil-wakil malaikat jadi peminat juga.

"Kadang-kala teguran yang macam ni boleh buat seseorang itu berubah. Kadang-kala Allah hadirkan orang-orang macam ini untuk tegur kita. Terpulang sama ada kita nak terima ataupun tidak. Kita semua pendosa," kata beberapa netizen.

Untuk makluman, Elyana sebelum ini memaklumkan dirinya penghidap kanser limforma sejak 2010 ketika tersingkir di pentas Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: