25 August 2022

ALIFF SYUKRI: "TOLONGLAH, BAGI SAYA MASUK DEKAT ANUGERAH JUARA LAGU... SAYA ADA SUARA YANG SEDAP"



Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya seolah tidak serik untuk meneruskan hasratnya menjadi penyanyi, meskipun dikecam teruk bukan sahaja oleh netizen malah ditegur oleh artis lain.


Terbaru, perkongsian Aliff menjadi perhatian apabila meminta orang ramai menyokongnya untuk masuk ke pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) dan berkata anugerah berprestij itu pasti akan tular jika dia tercalon.

Aliff merayu kepada semua orang supaya menyokongnya masuk ke pertandingan itu kerana katanya, dia memiliki suara yang sedap.

"Tolonglah, bagi saya masuk dekat Anugerah Juara Lagu, confirm (pasti) viral. Tolong ya, saya ada suara yang sedap. Tolong sokong saya masuk Anugerah Juara Lagu. Tolong, saya merayu," katanya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan komen sindiran mengatakan mereka tidak sanggup melihat usahawan itu bertanding kerana pasti akan kalah.

Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan bagaimana Aliff boleh begitu yakin sekali sehingga mengatakan dia memiliki suara yang sedap. Difahamkan, video tersebut sudah pun dipadam oleh Aliff selepas beberapa jam dimuat naik di aplikasi TikTok.

Terdahulu, Aliff menafikan kaki drama semata-mata untuk meraih perhatian ramai. Aliff mengakui dia tidak boleh berpisah dengan Instagram dan hanya mampu bertahan tidak lebih empat hari tanpa media sosial itu.

Ujarnya lagi, dia hanya mahu bergelar penghibur namun segala usahanya tidak dihargai sebaliknya hanya kecaman dan cacian diterima daripada netizen.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: