15 August 2022

"APA YANG BERLAKU ADALAH UJIAN ALLAH BAGIKAN..." - MAK WAN LATAH BERSYUKUR DIBERI UJIAN, BANYAK BERSABAR



Nama pelakon Mak Wan Latah, 61, sebelum ini hangat diperkatakan selepas terbabit dengan kontroversi yang dilaluinya sejak kebelakangan ini. Menurutnya, dia reda dengan apa yang terjadi dan pasrah selagi bernafas selagi itulah akan berdepan ujian Allah.


"Apa yang berlaku sekarang ini adalah ujian yang Allah bagikan pada Mak Wan. Sekurang-kurangnya Mak Wan bersyukur kerana Allah masih bagi ujian kepada Mak Wan. Dia masih memilih Mak Wan untuk ujian-ujian dan dugaanNya.

"Jadi keistimewaannya Allah bagi ialah Mak Wan banyak sabar. Dia pun nak tengok sesabar mana Mak Wan. Alhamdulillah... kawan-kawan Mak Wan banyak support Mak Wan. Begitu juga warganet di luar sana.

"Mak Wan ucapkan terima kasih kepada semua yang ada diluar sana kerana banyak support Mak Wan. Dan Mak Wan juga maafkan mereka yang mungkin ada mengecam Mak Wan," katanya.

Pada 28 Julai lalu, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan tujuan membangkitkan kemarahan terhadap seorang wanita.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mak Wan didakwa dengan sengaja meludah kepada Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di alamat Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, di sini kira-kira jam 7 malam 24 Jun lalu.

Klik untuk gambar besar



Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100.

Mengulas perkara ini, Mak Wan berkata, dia tidak tahu apa sebenarnya yang individu terbabit mahukan dan tidak tahu apa yang dia tidak puas hati terhadapnya sehingga sanggup memfitnah begini.

"Sedangkan Mak Wan sendiri tak aibkan dia dan buka aib dia. Apa yang berlaku Mak Wan hanya diam. Mak Wan tak nak bising-bising atau aibkan sesiapa.

"Daripada bekas suami dulu pun Mak Wan tak aibkan dia, sampailah sekarang sehinggalah sampai ke lubang kubur pun Mak Wan takkan buka aib sesiapa. Itu Mak Wan.

"Walaupun dia kata Mak Wan meludah dia atau apa-apa sajalah, Mak Wan tak pernah jentik pun dia dan Mak Wan tak pernah pun kasar dengan dia. Ini Mak Wan," jelasnya.


Tambah Mak Wan, dia menerima perkara ini dengan hati terbuka. Tuturnya, orang luar, saudara mara dan anak-anaknya boleh menilaikan siapa Mak Wan sebenarnya.

"Disitulah mereka tahu Mak Wan macamana. Dan kawan-kawan shooting Mak Wan pun tahu siapa Mak Wan dan tak perlu berkata apa-apa. Itu sahaja," ujarnya.

Sementara itu, kesalahan kes ini dibaca mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, menawarkan jumlah jaminan RM5,000 terhadap Mak Wan sebelum Majistret membenarkan Mak Wan diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan untuk kes disebut semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam pada 5 September ini.

Media turut melaporkan bahawa menerusi temubual dengan sebuah portal dalam talian sebelum ini, Amell mengaku pernah memukul Mak Wan atas alasan mempertahankan diri selepas diludah oleh Mak Wan ekoran bertanya satu soalan yang menimbulkan kemarahan pelakon veteran terbabit.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: