14 August 2022

BILA RAMAI PENONTON TUNDUK MALU TENGOK BABY SHIMA SAKAN BERGELEK



Pasti ramai tahu mengenai penyanyi dangdut, Baby Shima yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi panas dan terbaru teaser lagu bersama usahawan sensasi, Aliff Syukri baru-baru ini menerima kecaman. Meskipun dikecam teruk, namun ia tidak memberi kesan kepada Baby Shima.


Belum reda dengan isu panas menari ghairah dan berpakaian mencolok mata dalam video itu, tular pula video Baby Shima membuat persembahan di Aeon Danau Kota, Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Shima dilihat sedang menyanyikan sebuah lagu sambil bergelek disaksikan oleh para tetamu yang hadir.

Klik untuk gambar besar



Ternyata tarian menggairahkan Baby Shima itu menimbulkan rasa kurang senang penonton di hadapannya ditambah pula dengan pakaiannya yang agak ketat. Tidak kurang juga, ramai yang tidak sanggup melihat persembahan tersebut sehingga ada yang tertunduk malu.

Diruangan komen, ramai yang mempersoalkan pihak penganjur menjemput Shima untuk membuat persembahan kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej yang ditampilkan.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: