14 August 2022

MUAT NAIK VIDEO 'SWEET' - PEMINAT & RAKAN ARTIS DOAKAN ANUAR ZAIN & FARA FAUZANA BERTEMU JODOH



"Saya dah belajar untuk relaks sebab tau ramai yang suka cewaahh walaupun dalam hati geramnya aku," itulah kata penyampai radio terkenal, Fara Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau, yang baru-baru ini mencuri perhatian warganet dan rakan selebriti selepas memuat naik video 'sweet' bersama penyanyi lagenda, Anuar Zain di laman Instagram miliknya.


Dalam video berkenaan, Fafau berkongsi moment manis bertemu Anuar Zain ketika konsert live di Kuala Lumpur yang berlangsung pada 6 Ogos. Menerusi entri tersebut, dapat dilihat Anuar Zain memanggil nama Fara Fauzana yang membuatkan penyampai radio itu 'angau'.

Beralih ke ruangan komen, pelbagai reaksi dari netizen dapat dilihat dan kebanyakkannya mendoakan agar Fafau mempunyai jodoh dengan adik kepada penyanyi dan pelakon Ziana Zain itu.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, rakan-rakan artis turut berasa terhibur dan merestui sekiranya ada perhubungan yang berlaku di antara kedua-dua selebriti tersebut.

"Alhamdulillah... Kak Iti doakan.. Kak Iti doakan...," tulis penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sementara itu, Anuar Zain juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen "LOVE You Fafau..." di bawah posting berkenaan.













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: