"Saya minta kepada semua rakyat Malaysia mendoakan agar isteri saya kembali sembuh seperti sedia kala. Sebenarnya saya terkejut kerana mulanya dia hanya kata demam biasa, sepanjang lima hari saya hanya beri dia ubat sahaja dan hari ini saya mengambil keputusan untuk bawa berjumpa doktor kerana risau melihat keadaannya.
"Doktor sudah mengambil ujian darah dan kena tunggu keputusan dalam beberapa hari lagi, saya harap sangat bukan penyakit yang berbahaya," demikianlah tutur pelawak Azlee Senario.
Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar meluahkan kebimbangan mengenai keadaan isterinya iaitu Aslinda Ayob yang kini berada dalam keadaan kurang sihat serta demam sejak lima hari lalu. Azlee berkata, isterinya terlantar sakit dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja harian di rumah.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment