18 August 2022

MENARI DENGAN SELUAR KETAT - ANAK AZHAR SULAIMAN, LEONA DIKRITIK LAGI



Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona nampaknya tidak serik menerima kritikan apabila namanya kembali hangat diperkatakan selepas memuat naik videonya menari di TikTok dimana dia memakai seluar ketat berwarna hitam bersama jaket.


Rata-rata netizen terkejut melihat video tersebut dimana mereka mendakwa seluar yang dipakai Leona itu terlalu ketat sehingga ada yang dakwa menampakkan bentuk kemaluan.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka tidak tahu untuk berkata apa lagi apatah lagi sebelum ini sudah ramai memberikan teguran. Seperti sudah dijangka, video dikongsikan Leona itu juga turut dihujani komen berbuar lucah terutama daripada kaum lelaki.

Dalam pada itu, ada yang mendoakan agar Leona berubah secara perlahan-lahan serta akan mengikut jejak langkah seperti selebriti Noor Neelofa dan Izara Aishah suatu hari nanti.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, kecoh diperkatakan apabila Leona didakwa oleh seorang wanita bahawa dia mempunyai skandal dengan suaminya. Bagaimanapun, isu tersebut sudah pun reda apatah lagi dakwaan dan tuduhan wanita itu tidak masuk akal.

Malah, bapa Leona itu juga membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang selepas mengambil kira kesihatan mental wanita tersebut.

Terdahulu, Azhar meluahkan rasa syukur dikurniakan anak gadis seperti Leona meskipun dia suka berpakaian seksi. Menurut Azhar, anaknya hanya seksi sahaja serta tidak melakukan perkara lain yang memeningkannya.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: