21 August 2022

BERANI CAKAP PENYANYI NO 1 DEK SEMUA LAGU TRENDING - ALIFF SYUKRI MOHON MAAF, NAFI 'KAKI DRAMA', SUKA BUAT GIMIK



"Saya tak suka bergaduh, saya suka kebaikan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan kepada semua rakyat Malaysia, artis dan juga keluarga saya. Walau apa pun yang berlaku, kesalahan ini adalah daripada diri saya saya sendiri.


"Apa yang berlaku hanyalah sekadar hobi menyanyi bersama Baby Shima. Saya buat sekadar suka-suka sahaja dan hiburan semata-mata. Kalau korang tengok pun tak ada babak yang bersentuhan. Sebenarnya bukan tujuan untuk bersaing dengan artis atau pun keluar di kaca TV.

"Saya harap permohonan saya ini diterima oleh semua orang dan saya mengharapkan sokongan daripada anda semua. Jujurnya saya memang teringin jadi penyanyi dari dulu lagi. Saya sendiri tak pasti kenapa orang suka kecam saya. Apa salah saya?

"Saya juga tidak pernah marah atau bergaduh dengan mana-mana pihak semoga anda semua boleh jadi sahabat laman social saya," demikian kata usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Aliff yang memohon maaf menerusi akaun Instagram miliknya itu berkata, apa yang dilakukan selama ini hanyalah sekadar memenuhi kehendak hobinya sebagai penyanyi. Dalam pada itu, Aliff turut berharap agar permohonan maafnya diterima dan mengharapkan sokongan daripada orang ramai.

Begitupun, permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh Aliff dipandang 'sinis' oleh netizen. Menerusi beberapa komen yang ditinggalkan, netizen merasai yang permohonan maaf Aliff itu bersifat sementara "Ala jalan cerita sama je awak," tulis seorang pengguna Instagram.

Ada juga beberapa pengguna yang menganggap permohonan maaf tersebut sebagai satu yang membosankan dan kemungkinan besar permohonan maaf yang lain akan dibuat jika Aliff melakukan kesalahan pada masa akan datang.



Sementara itu, Aliff menafikan dirinya 'kaki drama' dan suka membuat 'gimik murahan' semata-mata untuk mendapat perhatian ramai hingga tular di media sosial membabitkan perkara berbaur kontroversi.

Sebelum ini, usahawan berusia 35 tahun yang menangis sakan ketika bersiaran langsung di media sosialnya itu membuat pengumuman akan mengundurkan diri daripada 'dunia maya' selepas berhadapan tekanan teruk akibat kecaman.

Beliau juga berhasrat menjual 'followers' seramai 4.3 juta di Instagramnya dengan harga RM500,000. Bagaimanapun, dia akhirnya dilihat kembali semula aktif di media sosial selepas beberapa hari mengundur diri.



"Bermain Instagram adalah hobi saya dan sebenarnya saya memang tak boleh berpisah dengannya (Instagram). Saya hanya mampu bertahan selama empat hari saja dan saya berasa sunyi apabila tidak membuka media sosial.

"Ketika itu (pengumuman), saya terasa hati dan tak boleh terima apa yang emak saya katakan kerana ia amat mengaibkan dan menghina diri saya. Jadi, air mata keluar dan saya kata, tak apalah aku 'left' semuanya (dari media sosial).

"Tapi, saya tak kata pun sampai mati atau selama-lamanya tinggalkan media sosial. Saya cuma kata, saya akan henti di sini, undur diri. Namun, saya hanya boleh tahan untuk empat hari saja tidak membuka media sosial, walaupun dah lari jauh-jauh dalam hutan, tepi pantai, namun tetap tak boleh," ujarnya.



Aliff berkata, dia berasa amat sunyi kerana berseorangan selepas lari daripada emak, isteri dan anak-anaknya. Menurutnya, dia rasa tak boleh hidup apabila tiada media sosial. Katanya, dia memang tidak boleh jika tidak bermain Instagram.

Tambahnya, apapun dia menyanyi kerana hobi dan ingin mengejar impian bergelar penghibur. Namun, jelasnya apa yang diterima daripada rakyat Malaysia adalah kecaman, caci maki dan segala usaha dilakukan itu tidak pernah dihargai.

"Orang kata suara saya macam itik lah, macam keldai, macam lembu, tapi saya tahu saya ada bakat itu dan peminat-peminat saya menanti-nantikan suara saya, lagu saya. Termasuk, saya ada dapat 'offer' tiga ke empat lagu daripada beberapa syarikat rakaman nak tandatangan kontrak dengan saya.



"Tapi saya 'hold' dulu sebab saya buat lagu sebagai hobi dan saya tahu saya penyanyi nombor satu. Sebabnya, lagu saya tak ada dapat nombor dua setakat ini di internet. Jadi, ke tepi ke tepi artis nombor satu nak jalan kerana saya terus maju ke depan," tuturnya lagi.

Aliff juga menegaskan dia tidak membuat kontroversi untuk tujuan pemasaran produknya. Cuma, katanya dalam soal ini sekarang, kenapa semua orang dilihat tidak boleh menerima dirinya sebagai seorang artis.

"Apa kurang saya, nak kata tak lawa, dah lawa. Nak kata hidung tak mancung, dah siap dah. Tapi, kenapa tak boleh terima bakat saya. Sejujurnya, semua yang saya lakukan bukan sebab gimik, cuma nak rakyat Malaysia terima bakat nyanyian saya.

"Semua lagu saya trending di YouTube. Semuanya nombor satu tanpa saya perlu bayar kepada pihak YouTube. Sebab itu saya berani kata saya penyanyi nombor satu. Kalau ada yang kata saya buat marketing, lihat sendiri video muzik saya. Tiada satu pun product placement di situ," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: