21 August 2022

IQBAL ZULKEFLI: "INDUSTRI SENI TIADA SIAPA YANG PUNYA SEBENARNYA... KITA TAK BOLEH HAKIMI ORANG..."



"Sekarang ini, industri seni tiada siapa yang punya sebenarnya. Kita tak boleh menghakimi orang, selagi benda itu ada dan mereka hendak ke hadapan, jalan sahaja. Sebenarnya, saya bersetuju juga dengan pendapat penyanyi profesional yang mengatakan penyanyi-penyanyi sekarang susah nak naik.


"Tapi zaman sekarang kita tak boleh terima dengan redha sahaja (kena lakukan sesuatu untuk dikenali). Kita tengok Datuk Seri Siti Nurhaliza, walaupun dia penyanyi profesional tapi dia tetap buat lagu dan muzik video ikut trend, malah dia pun dah ada akaun TikTok.

"Kalau kita tak ikut (perkembangan semasa teknologi media sosial), kita akan ketinggalan," ujar usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli yang berpendapat industri hiburan bebas disertai semua orang tanpa perlu mendapat 'keizinan' daripada mana-mana pihak.

Iqbal yang pernah tampil dengan single berjudul 'Hujan' pada penghujung tahun lalu itu menyatakan dalam realiti dunia sekarang, tidak seharusnya perkara ini menjadi pertikaian kerana industri muzik tempatan tidak dimiliki oleh mana-mana individu tertentu.

Klik untuk gambar besar



Sebaliknya, Iqbal berharap penyanyi profesional agar sentiasa bersikap terbuka menerima kedatangan penghibur baharu selain terus memanfaatkan teknologi masa kini agar mereka lebih dikenali dan kekal relevan kepada peminat hiburan tempatan.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal berita, penyanyi yang juga vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie menyifatkan kehadiran pengusaha produk yang tampil dengan lagu sendiri telah merosakkan industri muzik tanah air.

Menambah hujahnya, Iqbal menyatakan dia bersetuju dengan pendapat usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang mengatakan seperti mana artis menceburi bidang perniagaan, 'founder' seperti mereka juga berhak untuk menyertai bidang nyanyian tanpa mendapat tentangan daripada penyanyi senior lain.

"Macam Datuk Alif cakapkan dulu, artis-artis buat produk pun kita tiada kacau apa-apa. Sekarang dunia kita dah bebas, tiada hak siapa-siapa untuk menghalang," katanya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: