05 August 2022

BERMESRA ANTARA SATU SAMA LAIN - RUHAINIES & ZUL ARIFFIN DIDAKWA SUDAH KAHWIN SECARA SENYAP?



Baru-baru ini tular video memaparkan aksi mesra aktres Ruhainies dengan aktor berbadan sasa, Zul Ariffin dan ia bukan kali pertama diperkatakan. Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, terlihat momen dimana Zul memegang lengan Ruhainies dan seolah berbisik sesuatu sebelum berlalu pergi.


Difahamkan Ruhainies dan Zul Ariffin menghadiri majlis Ralph Lauren, kedua-dua mereka sedang sibuk bergambar dengan peminat. Video tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang membuat spekulasi kedua pelakon itu sudah berkahwin selepas melihat keakraban mereka seperti pasangan suami isteri apatah lagi dilihat sangat mesra.

"Diorang sebenarnya dah kahwin senyap-senyap, diorang dah rancang kita yang lalai. Positif sahaja la.. diorang sudah nikah.. tak mahu heboh-heboh, masih banyak kontrak belum habis.. nanti kena saman," tulis seorang pengguna TikTok.

Hujung tahun lalu, Kelab Peminat Zul Ariffin (ZAFC) tampil menyangkal dakwaan bahawa pelakon berbadan sasa itu sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti wanita.

Klik untuk gambar besar









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: