05 August 2022

MINTA HORMATI TEMPOH IDAH - RAMAI RAKAN ARTIS & NETIZEN BERI KATA SEMANGAT BUAT MIZZ NINA



Semua sedia maklum Mizz Nina dan Noh Salleh dimana mereka mengesahkan sudah bercerai talak satu selepas 11 tahun berkahwin, menerusi muat naik di laman Instagram milik masing-masing semalam, sekaligus menjawab segala spekulasi mengenai rumah tangga pasangan selebriti itu yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Menerusi entri itu, Mizz Nina dan Noh berkata keputusan untuk berpisah itu dibuat bersama bagaimanpun tidak berkongsikan tarikh perceraian. Nina dan Noh menjelaskan, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik. Mereka turut meluahkan rasa syukur diizinkan oleh Allah untuk bersama selama 11 tahun yang cukup indah.

Dalam masa sama, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, berkata, semua yang terjadi sudah pun tersurat dan ditakdirkan Allah SWT selain memohon doa untuk kehidupan terbaik mereka selepas ini.

"Assalamualaikum. Noh dan saya (Mizz Nina) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik.

"Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah. Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua," katanya.



Melihat pada ruangan komen media sosial Mizz Nina, ramai rakan-rakan artis dan netizen memberikan kata-kata semangat serta sokongan buatnya. Antara rakan selebriti yang memberikan kata-kata semangat ialah Nur Fazura, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Nazeera, Puan Sri Tiara Jacquelina, Che Puan Sarimah Ibrahim, Vivy Yusof dan ramai lagi.

Dalam pada itu, ribuan netizen yang turut bersedih dengan berita itu turut mendoakan agar Nina dan Noh diberikan kekuatan untuk berdepan ujian tersebut.

Untuk makluman, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, Nina dn Noh memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: