05 August 2022

DOKTOR HENTIKAN PENGGUNAAN VENTILATOR - AINUL MARDHIAH KINI SEMAKIN SIHAT



"Ainul bertambah baik hari ini, doktor akan cuba 'off ventilator' dan anak saya masih berada dirawat di PICU. Doktor belum bagi apa-apa perkembangan mengenai berapa lama Ainul perlu berada di PICU kerana masih banyak prosedur rawatan yang mereka perlu lakukan."


Itulah kata bapa kepada adik Ainul Mardhiah iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak yang memaklumkan anak perempuannya itu kini dalam keadaan yang lebih baik selepas hampir lima hari berada di unit rawatan rapi Pediatrik (PICU) bagi mendapatkan rawatan susulan akibat terkena jangkitan kuman.

Bapa Ainul memaklumkan anaknya itu menunjukkan perkembangan yang baik pada semalam dan kemungkinan doktor akan cuba menghentikan penggunaan ventilator.

Saifuddin juga bersyukur kerana anaknya itu dilihat menunjukkan peningkatan yang baik setiap hari dan mengharapkan agar orang ramai terus mendoakan kesihatan Ainul.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: