11 August 2022

"BIARLAH DIA YANG TENTUKAN" - IBU ENGGAN MASUK CAMPUR SOAL JODOH SHUIB



"Soal jodoh Shuib biarlah dia yang tentukan. Saya enggan masuk campur sebab dia yang akan melalui kehidupan itu nanti. Namun, sebagai ibu saya sentiasa mendoakan agar dia bertemu wanita yang baik dan mampu menjaga seluruh keluarganya.


"Saya senang bersama Lala. Kami mudah mencipta keserasian dan orangnya sangat lemah-lembut," tutur ibu kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Salamiah Jalani yang tampil menjelaskan segala kekeliruan yang berlaku mengenai kehadiran pelakon Wan Sharmila pada majlis tahlil sempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah baru-baru ini.

Keakraban pelakon Wan Sharmila dengan ibu Shuib ketika majlis tahlil itu menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya daripada orang ramai. Rata-rata mendakwa Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala bakal menjadi menantu baharunya dan seakan-seakan sudah mendapat 'lampu hijau' daripada ibu Shuib itu.

Salamiah berkata, kehadiran Lala pada majlis itu hanyalah memenuhi jemputannya sebagai tetamu dan dia juga tiada masalah untuk mendekatkan hubungan Lala dengan Shuib, namun segala keputusan terletak kepada tuan empunya diri.

Klik untuk gambar besar



"Saya tahu Shuib melalui fasa yang sukar sepanjang setahun ini. Dia banyak menyendiri dan mencari kekuatan untuk melalui kehidupan. Sebagai ibu tentulah saya sedih jika melihat anak saya tidak gembira. Kami semua reda dan percaya arwah berada di tempat yang cukup indah di sana.

"Saya akui masih terlalu awal untuk berbicara soal pengganti, biarlah masa yang menentukan segalanya dan kita serahkan kepada takdir Ilahi. Biar dia yang pilih pilihan hatinya dan selepas itu bawa jumpa saya untuk kenal lebih mendalam," katanya.

Terdahulu gambar yang dikongsi oleh Salamiah dan Wan Sharmila sendiri menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu menggantikan tempat arwah Siti Sarah sebagai isteri Shuib.

Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan keterangan gambar, 'biar gambar berbicara' yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: