11 August 2022

"KALAU KATA LUCAH ITU MUNGKIN KERANA MEREKA TERLALU BANYAK BERIMAGINASI" - BABY SHIMA



"Saya tidak ambil kisah dengan komen netizen lagi sebab memang tidak boleh dikawal apa yang mereka mahu katakan. Kalau kata lucah itu mungkin kerana mereka terlalu banyak berimaginasi.


"Biarlah orang nak kecam. Saya tidak boleh halang semua itu," itulah kata penyanyi Baby Shima yang enggan ambil pusing dengan komen pedas netizen malah sudah terbiasa dengan situasi berkenaan.

Gara-gara video teaser lagu baharu yang dimuat naik oleh usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Baby Shima turut menerima tempias kecaman netizen kerana dilihat kurang sopan ekoran bergelek dan berpakaian mencolok mata.

Bagi Shima atau nama sebenarnya Nur Ashimah Ramli, 30, dakwaan mengatakan aksinya keterlaluan atau lucah hanyalah imaginasi penonton yang terfikir ke arah itu.

Sementara itu, Shima turut menjawab kekeliruan peminat tentang kerjasama bersama Aliff dalam lagu berjudul 'Baby Sayang' itu kerana sebelum ini hubungan mereka dikatakan tidak baik.

Klik untuk gambar besar



Berada di bawah satu syarikat pengurusan, Shima menjelaskan tidak menjadi kesalahan untuk mereka berduet dalam lagu tersebut dan isu pertelingkahan antara mereka sebelum ini sudah pun selesai.

"Saya ada bertemu Aliff sebelum ini dan kami saling bermaaf-maafan. Cuma perkara tersebut saya tidak pernah kongsi di media sosial. Semuanya sudah selesai. Sekarang kami di bawah syarikat pengurusan yang sama, jadi apa salahnya buat kerjasama dengan tampil lagu baharu ini," jelasnya.

Terdahulu, video yang dimuat naik oleh Aliff mendapat respons netizen yang merasakan aksi mereka keterlaluan. Isu ini juga mendapat perhatian pendakwah bebas Da'i Wan Dazrin yang menganggap tegurannya terhadap Aliff sebelum ini sia-sia kerana masih terus melakukan kaedah pemasaran sebegitu.

Sebelum ini Aliff sudah menerima kritikan teruk selepas tampil dengan lagu Kelepok Raya yang menunjukkan aksi lelaki lembut menari sehingga dia dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: