12 August 2022

MICHAEL ANG: "MUSTAHIL BABAK KAHWIN JARAK EMPAT METER... TAK MAHU LIHAT, TONTON TV AL-HIJRAH"



Video yang memaparkan adegan mesra antara pelakon Emma Maembong dan Shah Jaszle ketika menjalani penggambaran drama berjudul 'Mati Pucuk' yang tular baru-baru ini hangat diperkatakan.


Menerusi video itu, Emma dan Shah berpelukan mesra sambila menari mengenakan busana pengantin menimbulkan rasa kurang senang netizen. Kemudian, muncul pula video mendakwa Emma menepuk punggung pelakon lelaki itu sehingga mengundang kritikan ramai.

Berhubung hal tersebut, pengarah drama tersebut iaitu Michael Ang berkata dia tidak mengetahui mengenai penularan video itu. Bagaimanapun, Michael menjelaskan Emma dan Shah mengenakan busana pengantin bagi menjayakan salah satu babak perkahwinan dalam drama tersebut.

Klik untuk gambar besar



Jelasnya, mereka perlu dilihat mesra bagi menjayakan watak yang dilakonkan seperti pasangan yang baru berkahwin. Dalam pada itu, Michael enggan mengulas lanjut mengenai kritikan netizen berhubung aksi mesra kedua pelakon itu yang yang dikatakan melampaui batas memandangkan mereka sudah berkahwin.

"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini sebab tidak tahu apa-apa malah tidak melihat sebarang video seperti diperkatakan. Memang mereka ketika itu sedang menjalani penggambaran babak sesi fotografi perkahwinan. Mustahil kita hendak melakukan babak perkahwinan dengan jarak empat meter.

"Saya tak tahu apa-apa, kalau ada video itu mereka rekod sendiri, tiada kena mengena dengan saya. Sekiranya tak mahu melihat, tonton siaran TV Al-Hijrah," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: