14 August 2022

DATIN SHAHIDA: "ALLAH UJI DENGAN SUAMI... TAK MENGAPA, DIA LEBIH MENGETAHUI"



"Betul, Allah uji dengan suami. Tidak mengapa, Dia lebih mengetahui. Ujian orang berbeza-beza kan. Dunia ini tempat kita berehat," itulah tulis isteri usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida berhubung tindakan suaminya yang sering mengundang kontroversi sehingga dikecam.


Baru-baru ini, nama Aliff Syukri hangat diperkatakan selepas teaser lagu dangdutnya bersama Baby Shima dikecam teruk oleh netizen. Dek kerana itu, Aliff Syukri memuat naik video permohonan maaf dimana dia dilihat menangis teresak-esak serta memberitahu bahawa dia membuat keputusan untuk mengundur diri dari media sosial.

Sementara itu, Instagram isterinya turut mendapat perhatian netizen yang meninggalkan komen mengenai suaminya dimana individu itu mengatakan Shahida diberi ujian melalui suaminya. Komen netizen itu dibalas oleh Shahida yang berlapang dada dikurniakan pasangan hidup seperti Aliff Syukri.

Selain video permohonan maaf, Aliff turut memuat naik gambar ubat dengan kapsyen kononnya dia ingin mati dengan tenang dan beriman. Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter mendakwa foto yang dimuat naik Aliff Syukri itu merupakan gambar lama miliknya yang pernah dikongsi kepada umum.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: