26 August 2022

GEMBIRA DAPAT SEDEKAH HARI JUMAAT - RAMAI PUJI SIKAP NABIL BELANJA MINUMAN, SEKALI TUMBLER LEBIH RM3,000



"Mula-mula harga kopi RM300 je guys, @nabilzira cakap murah sangat. Dia suruh ambik tumblr. Last-last bil kena RM3k. Lain macamlah Nabil punya pemurah. 😂 Thank you @nabilzira belanja kitaorang harini. #sharERA #3PagiERA," tulis pengendali akaun Instagram ERA.


Dalam sebuah video yang dikongsi, pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad bersama beberapa rakan lain dilihat singgah ke kafe Starbucks ketika dalam perjalanan bersempena program Touera 2022 di Kedah Darul Aman.

Apa yang menarik perhatian, sikap Nabil yang dilihat tidak lokek mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM3,000 untuk membeli minuman dan bekas tumbler di kafe popular berkenaan buat rakan-rakan sekerjanya di radio Era.

Nabil pada awalnya mahu membayar untuk minuman yang ditempah, namun rakan-rakan lain memintanya untuk belanja bekas minuman Starbucks yang ada di antaranya berharga lebih daripada RM100.

Klik untuk gambar besar



Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan oleh Nabil untuk rakan-rakan yang menyertai program jelajah itu sebanyak RM3560.

Menerusi ruang komen video tersebut, ramai mendoakan agar Nabil terus dilimpahkan rezeki yang bermanfaat di masa akan datang.

"Semoga Nabil sentiasa dimurahkan rezeki selalu." - "Alhamdulillah Nabil bersedekah di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga tempat anda tertinggi suatu hari nanti." - "Dia percaya pada rezeki Allah, Insya-Allah akan semakin bertambah," antara komen-komen netizen.



Menerusi video berkenaan juga, Nabil pada awalnya mahu membayar untuk minuman yang ditempah, namun rakan-rakan lain memintanya untuk belanja bekas minuman Starbucks yang ada di antaranya berharga lebih daripada RM100.

Menjawab pertanyaan rakan penyampai iaitu Radin, Nabil meluahkan rasa gembira kerana dapat mengambil keberkatan hari Jumaat untuk berkongsi rezeki.

"Gembiralah. Ini hari Jumaat, hari paling berkat, Inilah masanya," katanya.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: