27 August 2022

SEPTEMBER DEPAN - USTAZ EBIT LEW AKAN DIBICARAKAN ATAS 11 TUDUHAN GANGGUAN SEKSUAL



Atas 11 tuduhan gangguan seksual, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada 27 September hingga 30 depan.


Memetik laporan SelangorKini, perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan menerusi portal The Merdeka Times.

Pada 18 Februari lalu, Ebit didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah.

Bagaimanapun, Ebit mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Terdahulu, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsaApp.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: