27 August 2022

BERTARUNG NYAWA DI CICU SELEPAS PEMBEDAHAN TERPAKSA DIBERHENTIKAN - REMY ISHAK IKHTIAR LIHAT IBU KEMBALI SIHAT



"Selepas 10 hingga 12 jam dalam bilik pembedahan, ia terpaksa dihentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas 48 jam," itulah kata pelakon Remy Ishak yang memaklumkan ibunya kini sedang bertarung nyawa di Unit Kawalan Rapi Kardiovaskular (CICU) Hospital Serdang selepas pembedahan yang dijalankan terpaksa dihentikan.


Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, pelakon berusia 40 tahun ini berkata, pembedahan itu terpaksa dihentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas tempoh 48 jam.

Dalam pada itu, Remy berkata, sebagai seorang Muslim, dia percaya kepada qada dan qadar dan sebagai anak dia melakukan semua ikhtiar bagi melihat ibunya kembali sihat.

Kata Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, masih banyak kebaikan dan kebahagiaan yang belum dia dan adik-beradiknya lakukan untuk ibu mereka.

Klik untuk gambar besar



"Sebagai seorang Muslim, saya percaya pada qada dan qadar. Saya percaya pada hari akhirat, saya percaya syurga dan neraka Allah. Namun apa yang saya dan adik-beradik lakukan sekarang adalah ikhtiar. Masih banyak kebaikan dan kebahagiaan yang belum kami lakukan untuk ibu kami.

"Mohon jasa baik dari kalian semua mendoakan untuk saya dan adik-beradik supaya kami boleh bersama-sama semula dengan ibu kami," tuturnya.

Terdahulu, pengurus Remy memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris, 64, sedang kritikal selepas dibawa ke hospital berkenaan untuk menjalani pembedahan.

Basrah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Melaka sejak dua hari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan jantung.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: