27 August 2022

HUBUNGAN DENGAN JEP & SHUIB MASIH BAIK-BAIK - MAMAT SEPAH AKUI RINDU BERAKSI BERSAMA



Umum sedia mengetahui mengenai kumpulan Sepah yang terpaksa dibubarkan sekitar tahun 2011 dan ahli kumpulan berkenaan iaitu Jep dan Shuib telah menubuhkan kumpulan baru diberi nama Sepahtu, dimana ia hanya membabitkan mereka berdua tanpa Mamat.


Setelah sekian lama tidak melakukan aksi bersama, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Mura mengakui rindu untuk kembali beraksi di satu pentas bersama sahabat baiknya itu. Jelas Mamat, hubungan mereka masih baik-baik sahaja namun tidak berjumpa kerana kekangan masa.

"Sebenarnya kami baik cuma waktu tidak mengizinkan untuk berjumpa sehingga Jep tu makan hati dengan saya kerana terpaksa tolak perlawaan untuk berjumpa atas faktor kekangan masa walaupun dia berdekatan dengan rumah saya.

Klik untuk gambar besar



"Buat masa sekarang ini biar mereka beri komitmen dengan program Sepahtu dulu... saya pula fokus kepada kerja hakiki, kadang-kadang rasa bersalah dengan Jep," ujarnya.

Dalam pada itu, Mamat tidak menolak untuk membuat bersama dengan dua sahabatnya itu suatu hari nanti serta meminta kepada peminat untuk mendoakan perkara itu.

"Buat masa sekarang ini untuk bersama kembali memang tidak boleh atas faktor masa tapi saya minta kepada peminat... apa-apa pun doakan manalah tahu satu hari nanti kami akan disatukan atas pentas lain pula," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: