22 August 2022

IFA RAZIAH MOHON MAAF ISU GELEK - PERSEMBAHAN 'TERPALING JUARA' TERIMA KRITIKAN



"Secara eksklusifnya, hari ini, saya buat permohonan maaf secara langsung. Saya mohon maaf kepada seluruh umat manusia, tak kira di mana anda berada dan saya memaafkan juga orang-orang yang mengata saya.


"Memang niat saya, nak buat permohonan maaf ketika berada di pentas, tapi tak berkesempatan. Jadi, dapat buat di belakang pentas pun, tak apa. Alhamdulillah, ia dapat ditonton seluruh rakyat Malaysia yang menonton dan saya berharap, benda ini tidaklah berpanjangan lagi.

"Dengan ikhlas daripada hati, saya dengan rendah diri mohon maaf. Kita manusia tak sempurna. Tak rugi saya minta maaf kerana ia perbuatan yang mulia. Kalau saling bermaafan, rezeki lebih bertambah.

"Kepada mereka yang terguris dengan kenyataan saya, tak suka tengok keterlanjuran video, saya mohon maaf. Semua atas hati saya sendiri. Saya datang hari ini (semalam), nak cari rezeki. Pada saya, maaf itu satu benda yang baik dan mungkin ada hikmahnya. Tak perlu nak ego atau apa.

"Bila saya fikir yang saya pun dah berumur, saya tak mahu orang membenci saya. Kalau orang benci kita, rezeki itu macam tersekat-sekat dan macam tak ada rahmat," itulah kata penyanyi dangdut, Ifa Raziah, 47, yang membuat permohonan maaf secara eksklusif dalam program Terpaling Juara yang bersiaran di TV3, malam tadi.

Klik untuk gambar besar



Permohonan maaf itu dibuat selepas namanya terpalit dengan kontroversi ketika didakwa bergelek di satu majlis akikah, baru-baru ini. Menurut Ifa, dia tidak didesak oleh mana-mana pihak termasuk keluarga, sebaliknya, ia ikhlas dari hatinya.

Malah, ketika membuat permohonan maaf, penyanyi lagu 'Ser Ser Ser' itu turut memaafkan semua pihak yang mengecamnya berhubung kontroversi itu. Ifa berkata, dia mahu membuat permohonan maaf atas pentas selepas selesai persembahan, tetapi tidak berkesempatan, jadi, ambil kesempatan ketika ditemubual.

Ditanya mengenai pengajaran daripada situasi yang berlaku, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam berkongsi aktiviti kerja seninya. Menyifatkan kontroversi terjadi sebagai lumrah anak seni, Ifa berharap tindakannya dapat menamatkan segala kontroversi yang tercetus.

"Saya dah lali dengan benda ini, tapi, sebagai manusia yang lemah dan buat kesilapan, kita kena lalui benda ini dan menjadi lebih matang. Di masa akan datang, kalau ada jemputan persembahan atau apa, sebab kita dah tahu orang tak suka, kita tak perlu muat naik apa-apa (ke media sosial)," ujarnya.



"Saya harap perkara ini tidak berpanjangan. Saya mahu meletakkan titik noktah, memandangkan ramai yang tidak suka. Saya tidak akan muat naik apa-apa hantaran yang boleh mengundang kecaman.

"Ini asam garam anak seni. Lebih baik saya 'move on' daripada isu ini. Tak payah nak simpan dalam hati, saya pun mahu melangkah ke hadapan. Apa yang penting, saya bersyukur persembahan saya ketika menyampaikan lagu Sangkar Cinta nyanyian asal Ziana Zain pada minggu pertama berjalan lancar," ," tuturnya.

Terdahulu, kontroversi tercetus selepas video Ifa bergelek pada majlis aqiqah tular dalam media sosial hingga turut mendapat teguran beberapa pendakwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma' Harun.

Sementara itu, persembahan Ifa pada program Terpaling Juara yang disiarkan di TV3, semalam, telah menerima kritikan warganet. Meninjau di ruangan komen di akaun TikTok TV3 Malaysia, terdapat juga pengguna yang membandingkan suara Ifa dengan penyanyi asal.



"Apooo (apa) ni Kak Ifa cakap sore (suara) unik, ni macam pancit je. Tapi Kak Ifa tetap meletup." - "Sebenarnya ton rendah memang susah. Nak nak kejap tinggi lepas tu drastik ke rendah... ZZ (Ziana Zain) memang juara."

"Kelaut." - "Jauh betul sumbangnya." - "Sedap lagi makcik karok umah kenduri." - "Boleh ft (featuring) sama Datuk Aliff sudah," demikian komen-komen yang mengkitik persembahan Ifa dimana dia memilih menyanyikan lagu 'Sangkar Cinta' nyanyian asal Ziana Zain.

Pun begitu, ada juga komen positif yang memberi kata-kata semangat buat Ifa: "Kak Ifa bagus sanggup bawa lagu ni jauh dari makanan asal dia. Kudos untuk awak," kata seorang netizen.

Ifa antara penyanyi legenda yang bersaing dalam program itu bersama dua lagi penyanyi lain iaitu Rahmad Mega dan Hazami serta tiga peserta dipilih menerusi uji bakat. Pada minggu pertama Terpaling Juara, juri tetap Datuk Hattan meletakkan Ifa di bawah bimbingan kapten Naim Daniel.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: