28 August 2022

ISU 'PROTES' KONSERT ARTIS ANTARABANGSA - NABILA HUDA ANGGAP TAK MATANG: "BANYAK BENDA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN"



"Kena batal international concert kalau tidak nak protes? Seriously? Banyak benda yang perlu diberi perhatian untuk negara kite,itu yang diberi perhatian.. Immature nya..🤦🏽‍♀️.


"Konsert antarabangsa boleh menyebabkan budaya hedonisme? Oh come on....🤦🏽‍♀️," itulah tulis pelakon Nabila Huda menerusi laman Twitter dimana dia tampil memberi respon mengenai kenyataan media Pemuda PAS Malaysia baru-baru ini berhubung konsert artis antarabangsa.

Nabila menganggap tindakan itu sebangai tidak matang. Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Huda Suhaimi, masih terdapat banyak isu lebih utama melibatkan negara yang perlu diberkan perhatian berbanding penganjuran konsert.

Dalam pada itu, Nabil atau lebih mesra disapa Abil turut mempersoalkan mengenai dakwaan konsert antarabangsa boleh menyebabkan 'budaya hedonisme'.

Klik untuk gambar besar



Ini memandangkan Hedonisme merupakan fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Ia juga merupakan anjuran atau pandangan bahawa kesenagan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia.

Sebelum ini, Pemuda PAS Malaysia telah membuat kenyataan media di laman rasmi Facebook, mendesak agar pihak kerajaan membatalkan semua konsert-konsert 'Hedonisme Melampau' yang akan di adakan oleh artis antarabangsa di Malaysia.

Menerusi hantaran tersebut, Ketua Pemuda iaitu Ahmad Fadhli Shaari berkata seandainya pihak kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan, akan berlakunya bantahan besar-besaran di seluruh negara.


Menurutnya lagi, PAS melalui anggota kabinet akan memainkan peranan untuk memastikan konsert-konsert daripada artis antarabangsa yang dijadualkan dapat dibatalkan kerana ia tidak bersesuaian dengan norma-norma dan nilai hidup umat Islam di Malaysia.

"Saya sangat mengharapkan agar kerajaan melalui menteri-menteri berkaitan menimbangkan untuk membatalkan dan menarik semula kebenaran untuk konsert-konsert ini berlangsung.

"Pihak kami tak teragak-agak untuk menggerakkan tentangan di seluruh negara jika ia tidak diendahkan. Jika ada saudara seagama menghalang usaha ini dengan tindakan mahupun dengan kata-kata, doakanlah mereka mendapat hidayah," katanya.

Meninjau di ruangan komen, kenyataan media itu telah mendapat mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan dalam kalangan selebriti.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: