28 August 2022

SAKINAH DITEGUR MENARI TERKINJA-KINJA DI TEMPAT AWAM: "U NI MELAYU ATAU ACAH-ACAH RASA ORANG PUTIH"



Selebriti sensasi, Sharifah Sakinah sering kali menjadi perhatian orang ramai dek cara pemakaian yang dikatakan agak seksi dan terkini dia tampil dengan imej baru iaitu seakan botak di laman Instagram miliknya.


Baru-baru ini, Sakinah atau lebih mesra dipanggil Kinah sekali lagi mencetus kontroversi apabila memuat naik hantaran video memaparkan dirinya sedang menari 'terinja-kinja' di tempat awam.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon itu meluahkan rasa pelik apabila orang awam di situ langsung tidak menghiraukan dirinya.

"Dorang tak heran lansung ek, pandang pun tidak walaupun terkinja," katanya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, Sakinah kini tinggal di luar negara bersama suaminya yang merupakan seorang Sweden, Michael Hansen.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyifatkan perbuatan itu seakan memalukan bagi seorang wanita muslim.

Selain itu, netizen berkata tindakan yang dilakukan oleh Sakinah itu dianggap perkara biasa di luar negara dan disebabkan itulah orang awam di sana tidak mempedulikan perbuatannya.

Bagaimanapun, netizen meminta Sakinah untuk tetap menjaga adabnya ketika berada di negara asing memandangkan dia juga merupakan orang Malaysia.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: