28 August 2022

MASYA MASYITAH TINDIK HIDUNG DISAMAKAN SEPERTI LEMBU - NETIZEN MINTA JANGAN ROSAKKAN IMEJ ISLAM



Penyanyi Masya Masyitah yang baru saja melancarkan single terbarunya, 'Simpanan' pada 19 Ogos lepas itu telah dicemuh netizen kerana penampilannya dikatakan agak 'daring' berbanding dengan gayanya sebelum ini.


Bagaimanapun, ramai yang tidak suka dan mengkritik gaya penampilan ditonjolkan pemenang Ceria Popstar Musim Kedua itu melalui video klip lagu berkenaan.

Berkongsi di laman Instagram, Masya dilihat berpakaian serba hitam dan dilihat mempunyai tindik di bahagian hidungnya. Pemilihan pakaiannya juga menjadi perhatian dan dikritik netizen.

Menerusi ruangan komen foto terbabit, pakaian Masya itu dikatakan tidak melambangkan imej seorang wanita bertudung, malah ada seorang netizen berkata bahawa Masya 'semakin terpesong'. Bukan itu saja, gaya tindik di hidung itu juga membuatkan dia disamakan seperti lembu.

Klik untuk gambar besar











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: