28 August 2022

KAZAR TAK HADIR TAYANGAN PERDANA - SYAFIQ YUSOF SIFATKAN KETIADAANNYA KERANA ENGGAN CETUS KONTROVERSI



Pelakon veteran, Kazar Saisi yang tidak menghadirkan diri pada malam tayangan perdana 'Abang Long Fadil 3' itu telah menimbulkan tanda tanya memandangkan dia adalah salah seorang pelakon dalam filem berkenaan.


Pengarah filem itu, Syafiq Yusof menyifatkan ketiadaan Kazar adalah kerana pelakon itu enggan mencetuskan sebarang kontroversi meskipun jemputan sudah dibuat lebih awal.

"Pihak kami sudah menghantar jemputan. Pada saya beliau sangat bertimbang rasa kerana tidak mahu mencetuskan sebarang kontroversi sekiranya hadir ke acara ini. Terpulang kepadanya dan saya menghormati keputusan yang dibuat untuk tidak terlibat dalam tayangan perdanan ini," kata Syafiq ketika ditemui media selepas tayangan perdana filem berkenaan.

Ketiadaan Kazar dipercayai kerana enggan mengeruhkan keadaan rentetan isu anak perempuannya, Ira Kazar yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pengarah Syamsul Yusof.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Syafiq berkata, pemilihan Kazar sebagai salah seorang pelakon filem berkenaan adalah kerana kredibiliti aktor tersebut yang mampu memberikan elemen komedi dalam filem terbaharunya itu.

Tidak mengetahui secara mendalam kontroversi yang melanda, Syafiq berkata, sebagai pengarah dia bersikap profesional dan tidak mencampur-adukkan masalah peribadi yang sedang berlaku.

"Penggambaran filem ini dijalankan pada 2019 dan ketika itu belum timbul sebarang kontroversi seperti sedang diperkatakan ketika ini. Kazar seorang pelakon yang profesional. Bukan sahaja mempunyai elemen komedi tetapi boleh melakukan babak aksi. Saya pilih dirinya kerana ciri-ciri itu selain Kazar masih aktif dalam industri," jelasnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: