28 August 2022

DIDAKWA CARA CAKAP BERUBAH 'ALA-ALA' FAZURA SELEPAS TULAR DEK WAJAH MIRIP FAZURA - INI JAWAB ELLYA



Baru-baru ini, seorang wanita telah menjadi perhatian di TikTok gara-gara wajahnya mirip seperti pelakon dan usahawan Nur Fazura. Menerusi satu posting di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Ellya Farahanny itu menceritakan pengalamannya disamakan dengan pelakon terkenal tersebut.


Menurutnya, dia pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera semasa bergelar seorang pelajar dan pengurus di sana turut menyatakan bahawa wajahnya salin tak tumpah seperti pelakon berkenaan. Tambahnya lagi, rakan-rakan sekerja turut merasakan perkara yang sama tentang aspek berikut.

"Dulu masa saya belajar di tahun ketiga, pada waktu cuti semester saya bekerja di KFC. Pengurus di situ cakap kenapa muka saya macam Fazura? Dia pun bertanya pekerja lain di situ dan semua cakap perkara sama," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui wanita itu bukan sahaja rupa tetapi suara yang sama dengan Fazura. Video itu turut mendapat perhatian Fazura yang menyapa Ellya Farahanny atau Elle sebagai 'kembarnya'.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang mendakwa cara percakapan wanita itu kini 'ala-ala' isteri kepada pelakon Fattah Amin sejurus tular. Enggan berdiam diri, Ellya menerusi TikTok yang menggunakan akaun @Elle Fara tampil menafikan dakwaan terbabit.

"Ini merupakan tindakan yang tak berasaslah okay guys. Sebabnya orang-orang yang rapat dengan I, yang pernah terjumpa I in real life... my family, my friends of courselah. Even my clients pun, diaorang tahu I memang macam ni. Sejak azali lagi. So tiada isu I meniru atau cuba imitate cara Fazura bercakap ke... tak ada," katanya sebagai menjawab persoalan yang diberikan.



Video yang dikongsikan itu sudah pun ditonton lebih 200,000 kali. Terdahulu, selepas wajahnya mulai menjadi tumpuan, Ellya berkata, dia tidak menyangka dirinya menjadi perhatian secara tiba-tiba.

"Followers saya di TikTok tiba-tiba naik mendadak, dari 800 kepada lebih 19,000 untuk satu malam. Saya terkejut dan gembira sebab ada ramai followers. Pada masa sama rasa takut juga, biasalah netizen masing-masing ada pendapat berbeza.

"Jujurnya, saya tak biasa dengan exposure macam ni. Tapi Alhamdulillah, saya cuba membiasakan diri," ujarnya yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: