"Selama 19 tahun hidup bersama, sudah tentulah ada rasa empati. Kasihan sekiranya benar dia memang dipermainkan oleh scammer, kalau boleh pilihlah wanita yang baik. Bahkan, dia pun tak pernah bawa anak-anak bertemu dengan wanita tersebut. Individu tersebut wujud tetapi tidak tahu identitinya sehingga hari ini. Bila timbul banyak kekeliruan sebegini, anak-anak yang menjadi mangsa.
"Bila saya beri komen berlebihan, pihak belah sana akan mula menyindir dan mendakwa saya nak kembali kepada Azri sedangkan tidak sama sekali. Jadi, saya tak mahu komen lebih sebab pasti akan jadi merebak-rebak. Sebaik-baiknya saya diam. Kalau dia nak kahwin, semoga dia jumpa yang lebih baik daripada saya.
"Namun, apabila dia mengeluarkan kenyataan yang merisaukan anak-anak, semua itu perlu dibincangkan," itulah kata pelakon Ellie Suriaty yang memberitahu, meskipun dia dan pelakon Azri Iskandar tidak lagi bersama namun bekas suaminya itu tetap bapa kepada anak-anak mereka dan sudah tentu merasa kasihan jika Azri dipermainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila Azri memaklumkan bakal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya dikenali sebagai Dr. Azra Diera. Pada Ogos lalu, Azri mengesahkan sudah pun bertunang dengan kekasihnya di Kangar, Perlis pada 29 Jun lalu. Azri bagaimanapun, memohon maaf kerana masih tidak boleh berkongsikan gambar pertunangannya atas permintaan keluarga kekasihnya itu.
Ujar Ellie, tidak manis untuknya mengulas mengenai kehidupan terkini Azri apatah lagi mereka bukan lagi suami isteri. Bagaimanapun, Ellie berkata anak-anak sering berkongsi artikel mengenai bapa mereka dengannya.
Dalam pada itu, Ellie sedar kenyataannya itu sering disalah anggap namun jika benar bekas suaminya ingin berkahwin lagi dia harap Azri dipertemukan dengan wanita lebih baik daripada dirinya.
"Mereka selalu berkongsi pelbagai cerita dengan saya termasuk artikel tentang Azri. Saya pun tidak boleh nak bercakap banyak dengan Azri sebab kini sudah jadi orang luar dalam hidupnya. Walaupun orang kata saya bekas isteri dan boleh berkomunikasi namun sekarang berbeza, tambahan pula dia sudah ada orang lain," tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment