"Saya tidak mudah dicuit, benda yang saya buat tu saya rasa salah saya akan mengaku. Kalau bagi saya benda tu mengarut saya akan buat tak tahu sebab at the of the day benda itu tak menggangu saya pun. Tak perlu nak menegakkan benang yang basah atau menidakkan benda yang dah salah, terima seadanya. So, saya terima teguran dan kecaman itu.
"Saya pun dah lama dalam industri jadi saya tahu apa yang patut buat apa yang tidak patut buat, kalau buat salah dan sebagainya tak perlu kita nak mancabar atau nak membalas," ujar pelakon dan pengacara Scha Alyahya yang mengaku salah dan memohon maaf kepada netizen yang tersinggung atau berasa kurang senang melihat penampilannya mengenakan skirt pendek ketika bercuti bersama keluarga di Singapura.
Sebelum ini, Scha dan suaminya yang juga pelakon dan pengacara iaitu Awal Ashaari telah berkongsi hantaran di laman Instagram memaparkan percutian mereka sewaktu di Universal Studio Singapore (USS).
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, hantaran itu telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila Scha dilihat memakai dress pendek berwarna merah jambu. Malah, ada juga yang membandingkan dan memerli bahawa dress dipakai oleh anak sulungnya, Lara Alana jauh lebih labuh daripada gaun ibunya sendiri.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya yang tampil memberi penjelasan itu berkata dia berlapang dada menerima teguran itu dan mengakui kesilapan tersebut. Tambahnya lagi, jika seseorang itu telah melakukan kesalahan maka terima sahaja dan tidak perlu untuk mancabar atau membalas apa yang ditegur.
________________________
No comments:
Post a Comment