23 August 2022

"MARKETING HEBAT!" - NETIZEN MULA MUAK DENGAN SHUIB & ZARA ZYA?



Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu sejak kebelakangan ini sering kali dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita. Sebelum ini, ada yang mengatakan pelakon Wan Sharmila merupakan selebriti wanita yang paling rapat dengan Shuib setelah melihat keakraban pelakon berkenaan dengan anak-anaknya di media sosial.


Bagaimanapun, pelakon wanita lain iaitu Zara Zya turut tidak terkecuali dikaitkan dengan pelawak berkenaan kerana kerap berkongsikan gambar bersama.

Baru-baru ini, satu perkongsiaan di laman Instagram kedua-dua selebriti itu telah membuat netizen tertanya-tanya tentang hubungan mereka.

"InshaAllah jadi... kan awak? @shuibsepahtu," kata Zara Zya.

Klik untuk gambar besar



"Nak cakap YA pon tidak, nak cakap TAK pon tidak... ianya DI TENGAH TENGAH 😜.. haaa mcmana tuuuu, boleh tlg explain tak awak @zarazya," tulis Shuib.

Biarpun ramai yang mengharapkan hubungan mereka berakhir dengan kebahagian, ada juga yang tidak mudah 'terpedaya' dan merasakan segala yang ditunjuk di dalam media sosial itu hanyalah sekadar marketing.

Buat masa ini, kedua-dua pihak masih belum mengesahkan apa-apa mengenai hubungan mereka, sama ada benar-benar bercinta ataupun hanya sekadar kenalan rapat.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: