08 August 2022

KINI BAHAGIA DENGAN 'TALITA LOVE' - RAJA ILYA AKUI PERNAH TERFIKIR ADA ANAK AKAN MEYUSAHKAN



"Bila bujang selalu fikir ada anak ini menyusahkan, susahkan hidup sendiri, susahkan badan nak mengandung, nak kena jaga bentuk badan. Nanti anak buat hal bikin sakit kepala, bila bayi suka menangis tak tentu pasal dan kacau tidur dan lain-lain.


"Tapi bila sudah ada anak baru rasa semua itu salah, betapa cerianya mereka walaupun 10 kali bangun tengah malam, badan letih, perut boroi, rutin hidup tak sama dah, tapi satu hal apabila sudah ada anak, semua rasa macam saya okey, baik-baik saja," tulis pelakon Raja Iyla yang mengakui pernah mempunyai skeptikal bahawa mempunyai anak merupakan perkara paling menyusahkan dan mengganggu rutin harian hidupnya.

Bagaimanapun, pandangan zaman bujangnya itu meleset sama sekali, sebaliknya Raja Ilya kini bahagia menikmati setiap detik bersama bayinya, Talita Love.

Dalam hantaran sama, Raja Ilya berkongsi, puteri sulungnya kini sedang dalam fasa kuat menangis dan hanya golongan ibu faham perasaan yang sedang dirasainya.

Klik untuk gambar besar



"Sekarang dia tengah melalui fasa 'purple crying' dan kepada ibu-ibu, tahulah kamu bagaimana perasaan itu kan. Tapi saya tetap rasa tidak mengapalah, saya baik-baik saja.

"Dia seorang bayi yang sangat ceria dan saya bersukur sangat melahirkannya. Terima kasih Talita Love kerana hadir dalam hidup kami dan menambah keceriaan serta gelak tawa. Kami sayang awak," tulisnya lagi.

Untuk makluman, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018 dan berpindah mengikut suaminya ke sana. Empat tahun berkongsi hidup, pada 1 Julai lalu, pelakon filem 'KL Vampire' itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara pembedahan di Hospital King Edward, Perth, Australia.

Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya atau nama sebenarnya Ramilah Begum Raja Mohammad, berpindah ke Perth. Aktres jelita ini sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik C0V1D.






















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: