08 August 2022

"SAYA TERTEKAN KERANA WARGANET, I GIVE UP..." - ELYANA AKUI STRES AURAT SERING DIPERSOAL



"Betul, saya tertekan kerana warganet. I give up, betul-betul give up," itulah kata penyanyi Elyana mengakui berasa tertekan dengan sikap netizen yang terus-menerus persoalkan caranya menutup aurat.


Semalam, kecoh di media sosial apabila penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu mengambil tindakan memuat naik fotonya tidak berhijab dan berseluar jeans koyak di laman Instagram.

Biarpun ada yang bimbang mengenai keadaan terkini penyanyi tersebut, ada juga yang mengecam serta mempertikaikan tindakannya seperti persendakan tuntutan agama.

Sebelum ini, Elyana meluahkan rasa marah terhadap segelintir netizen yang menuduh dirinya menggunakan alasan sakit kanser limfoma untuk meraih simpati orang ramai.

Klik untuk gambar besar



Kerana terlalu marah dengan sikap netizen yang menuduhnya secara melulu itu, Elyana menyuarakan bahawa dia mahu bersemuka dengan individu tersebut.

Terdahulu, viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh Elyana yang memaparkan dirinya sakan berjoget bersama rakan-rakan sambil mempromosikan produk jualan mereka.

Bagaimanapun, hantaran video berkenaan telah mendapat kecaman daripada netizen yang rata-rata mendakwa penyanyi itu seakan ‘lupa diri’ selepas sembuh dari penyakit kanser limfoma yang dihadapinya.



Tampil menjawab komen, Elyana memaklumkan bahawa dia sememangnya mempunyai perangai 'gila-gila' dan itu merupakan dirinya yang sebenar walaupun sebelum ditimpa penyakit.

"Memang saya dari dulu macam ni... tu yang pelik diorang tiba-tiba nak suruh saya jadi ustazah pulak," ujar Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang terkejut melihat cara Elyana membalas komen yang hanya bertujuan untuk memberi nasihat kepadanya agar lebih berpada-pada dalam bergembira.

"Terkejut tengok dia balas chat orang, betul ke dia ni, macam tak percaya pulak, saya peminat tetap hmmmm," tulis seorang pengguna TikTok.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: