30 August 2022

KONGSI HARI LAHIR SAMA - INI UCAPAN ISTIMEWA SHARNAAZ BUAT JEBAT: "JANGAN BAGI ORANG TUNJAL KEPALA KITA"



"Selamat ulang tahun anakku. Aku menjadi semakin tua sama hari sepertimu. Namun kasih sayang terhadapmu semakin kuat. Boy (Jebat) nak jadi kuat macama baba. Tetapi baba kuat sebab cek (awak). Siapa baba hari ini adalah kerana kamu.


"Terima kasih atas kasih sayang yang tidak terhingga setiap saat hidup mu. Jadilah anak yang kuat, bijak dan sentiasa tidak bagi orang tunjal kepala kita. Sentiasa berjuang untuk apa yang dirasakan benar.

"Salah atau betul, bukan manusia yang menghakimi. You are the king of yourself," demikian tulis pelakon Sharnaaz Ahmad yang menganggap anak tunggalnya iaitu Jebat Jayden sebagai sumber kekuatan dia mengharungi pelbagai cabaran.

Berkongsi tarikh lahir sama, Sharnaaz, 37, memanjatkan rasa syukur dikurniakan seorang cahaya mata yang menjadi tempat dia memberikan kasih dan sayang. Dalam pada itu, Sharnaaz turut menitip nasihat buat anaknya itu supaya menjadi manusia yang kuat dan bijak.

Klik untuk gambar besar



Sharnaaz memuat naik perkongsian istimewa tersebut bersempena ulang tahun kelahiran ke-4 anak lelakinya itu menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan kesejahteraan buat kedua-duanya sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka. Malah, bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila turut meninggalkan ucapan pada ruangan komen dalam video tersebut.

Untuk makluman, Jebat merupakan anak tunggal Sharnaaz hasil perkahwinan dengan Nabila. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 dan sah bercerai pada Julai 2020.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: