30 August 2022

RAIHAN MAHU ANAK MUDA DIBERI 'PILIHAN': "KITA TIDAK BOLEH HARAMKAN KONSERT"



"Seperti contoh, pihak berwajib perlulah memantau latar belakang penyanyi terbabit seperti lirik lagu dan video muzik mereka. Saya percaya tidak semua lagu daripada album penyanyi terbabit mempunyai mesej negatif. Namun itu lebih baik daripada terus mengharamkan persembahan mereka.


"Kita tidak boleh haramkan konsert mereka atau halang anak muda pergi ke konsert terbabit. Tetapi kita sediakan pilihan untuk mereka iaitu menyajikan konsert berkonsep berhibur sambil berdakwah."

Itulah kata kumpulan nasyid terkenal negara, Raihan menerusi salah seorang ahlinya, Abu Bakar yang berkata kerajaan perlu menyediakan lebih banyak 'pilihan' konsert mengikut garis panduan yang baik, berbanding menyenarai hitamkan mereka untuk membuat persembahan di Malaysia.

Klik untuk gambar besar



Kata Abu bakar, meskipun tugas tersebut (memperketatkan pemantauan artis luar negara yang ingin membuat persembahan) agak sukar, namun ia perlu bagi mengelakkan daripada tersebarnya pengaruh yang tidak baik kepada generasi muda.

Tambahnya lagi, artis tempatan perlu 'melawan' dengan konsert yang mempunyai mesej positif jika merasakan bahawa artis luar lebih banyak menyebarkan pengaruh yang tidak baik.

Perkembangan lain, kumpulan Raihan bakal mengadakan konsert Garis Masa Raihan pada 26 November ini yang bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam sempena ulang tahun ke-25 mereka dalam industri muzik tempatan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: