04 August 2022

UPDATE: MIZZ NINA, NOH SALLEH SAH BERCERAI TALAK SATU



Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan. Terkini, pasangan selebriti itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.


Menerusi laporan Harian Metro, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama. Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Sementara itu, melalui Instagram daripada Mizz Nina dan Noh Salleh turut mengesahkan yang mereka telah bercerai.

Klik untuk gambar besar



Menerusi laporan sebelum ini, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 37, menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial pada 13 Julai lalu.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Untuk makluman, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.







________ IKLAN ________

JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN PADA 8.8 INI, JOM BOOKING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee menjelang jualan terbesar pada 8.8 ini. Malah lebih banyak tawaran RM8, hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.

Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!

Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher pembelian barangan pertama secara percuma...

Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang pelbagai hadiah istimewa. Malah pelanggan baru juga akan mendapat 'welcome gift' tanpa sebarang bayaran. BERTINDAK SEKARANG!


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!




_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: