30 August 2022

"SALAH SAYA SENDIRI" - ELVINA MOHON MAAF, AKUI PAKAIAN ITU HANYA UNTUK KLFW



"Saya berpakaian begitu hanyalah untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) baru-baru ini. Tidaklah memakainya untuk urusan harian lain. Saya ke sana untuk memberi sokongan kepada salah seorang pereka fesyen.


"Mungkin orang anggap saya ini seorang yang lembut, jadi mereka agak terkejut melihat saya berpakaian sebegitu. Mungkin salah saya juga, tidak semua pengikut media sosial boleh menerima gaya seperti itu.

"Saya minta maaf sekiranya pemakaian tersebut buat anda rasa tidak selesa namun, baju itu hanya untuk acara tersebut," tutur pelakon Datin Elvina yang memohon maaf sekiranya penampilannya ketika menghadiri acara Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW) di ibu negara baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut media sosialnya.

Jelas Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 27, busana serba putih yang hampir mendedahkan pangkal pahanya itu digayakan bagi memberi sokongan kepada seorang pereka tempatan yang menyertai acara tersebut.

Klik untuk gambar besar



Elvina memohon maaf jika penampilan itu menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, namun dia berpakaian begitu hanya pada acara itu sahaja. Dalam pada itu, Elvina mengakui mungkin silapnya berpakaian sebegitu sehingga mengejutkan peminatnya.

Dalam pada itu, pelakon 'Cinta Si Wedding Planner' ini menerima kecaman dengan hati yang terbuka dan mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku.

"Tak adalah saya pakai baju macam itu hari-hari. Saya gayakannya ketika hadir memberi sokongan kepada Alia Bastamam. Dia juga minta saya gayakan baju itu yang mana koleksi terbaru itu akan dilancarkan tidak lama lagi.



"Salah saya sendiri. Tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku," ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Tambahnya lagi, sesetengah pihak mungkin tidak boleh menerima cara pemakaiannya ketika acara berkenaan kerana watak yang selalu dilakonkan lebih kepada wanita yang lemah lembut di kaca televisyen.

"Selama ini saya sering bawa watak lemah lembut dalam drama. Mungkin disebabkan itu, mereka terkejut nampak saya pakai begitu (seksi). Sekali lagi saya tekankan, saya cuma menyokong Alia Bastamam untuk koleksi busana terbarunya. Itu sahaja," katanya.

Terdahulu, pelakon yang terkenal menerusi drama 'Takdir Yang Tertulis' itu menuai perhatian ramai apabila muncul dengan fesyen agak mencolok mata sehingga mendapat kritikan ramai. Malah, ruangan komen bagi posting yang dibuat di laman Instagram milik Elvina telah ditutup susulan kecaman yang dilontarkan oleh netizen.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: