30 August 2022

SHARNAAZ BUKAN LAGI RAKAN KONGSI FRANCAIS BUBBLEBEE - SHUIB AKUI MEREKA MASIH BERHUBUNG BAIK



"Dia salah seorang rakan kongsi kita di cawangan di Setapak. Itu kerjasamanya dengan Bubble Bee. Akhirnya kita selesaikan dengan beli semula cawangan itu. Saya buat perbincangan sangat baik dengan Sharnaaz. Kami beli semula cawangan itu dan alhamdulillah semua berjalan lancar.


"Saya dengan dia okey tiada masalah. Namun saya tak tahu punca dia enggan teruskan bisnes ini," jelas pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu yang memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan pelakon, Sharnaaz Ahmad, meskipun sudah tidak bergelar rakan kongsi francais BubbleBee yang diuruskannya.

Namun begitu, Shuib memberitahu bahawa dia tidak tahu punca Sharnaaz enggan lagi meneruskan bisnes tersebut. Menurutnya, menerusi perbincangan, mereka mencapai penyelesaian yang baik dalam perkara ini. Shuib berkata, dia beranggapan kesibukan Sharnaaz menjadi punca dia melepaskan bisnes ini.

Klik untuk gambar besar



"Saya kenal dia seorang yang sibuk. Ia cabaran dalam bisnes dan perkara normal. Sebab itulah bisnes takkan sama langsung dengan industri. Kalau semasa dengan Sharnaaz pun ada masalah, itu adalah masalah dalam bisnes. Ia takkan dibawa masuk dalam industri.

"Saya boleh pergi main golf dengan dia dan lepak dengannya. Buat program pun bersama-sama dengan dia. Memang tiada masalah langsung sebab dia pun bisnesman," katanya.

Ujar Shuib lagi, dia pernah berdepan dugaan yang sangat hebat dalam bisnes apabila diminta membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berkaitan scammer.



"Ketika itu saya beranggapan mungkin ada orang tak suka tengok kita berjaya. Saya kadang-kadang tengok Ahli Lembaga Pengarah kata jangan beritahu orang apa wawasan kita dan apa sukses kita.

"Tapi saya tak boleh lari dari benda ini. Saya pula pegang kalau benda ini boleh bagi inspirasi pada orang lain, mengapa tidak? Sebab saya juga terinspirasi dari orang lain.

"Saya terinspirasi dengan Datuk Rosyam Nor. Saya okey dengan dia. Saya terinspirasi dengan ramai orang yang mana saya percaya ramai orang yang berjaya dalam dunia ini bermula dengan kosong. Dia pun susah dan bukan orang senang," tuturnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: