11 August 2022

"SAYA REDA HADAPINYA" - 3 BULAN TANGGUNG SAKIT, AZWAN ALI DAKWA DISIHIR ARTIS WANITA VETERAN



Pengacara kontroversi, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA memaklumkan sudah tiga bulan dia menanggung sakit yang dipercayai perbuatan sihir.


Jelas Azwan, dia telah disihir di bahagian kaki sehingga timbul kesan tompokan di kaki kanannya. mendakwa dia mengenali individu yang menyihirnya dipercayai seorang artis wanita veteran.

"Saya dah berikhtiar sedang merawat untuk membuang ilmu sihir yang dikenakan ke atas saya. Tiga bulan saya sakit dan awalnya saya tak perasan pun telah disihir. Ingatkan sakit kaki biasa je.

"Walaupun berat dugaan ini, tetapi saya reda hadapinya," ujarnya yang dipetik sebagai berkata menerusi portal BOOM.

Bagaimanapun, Azwan enggan mendedahkan identiti artis tersebut serta memberitahu keadaannya kini semakin sihat. Azwan turut berkongsikan, pada setiap pukul 3 pagi tapak kakinya terasa seperti dihunus senjata tajam.

"Kesakitan itu berulang setiap hari dan sekarang beransur pulih," katanya.

Dalam pada itu, Azwan berkata wajah artis veteran itu juga kerap muncul setiap kali dia mengerjakan solat. Jelasnya lagi, artis berkenaan bukan seseorang yang berkawan rapat dengannya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: