11 August 2022

TEGURAN PADU DA'I WAN DAZRIN: "SATU MASA KAMU AKAN TERDUDUK & MENYESAL"



"Dari dulu sampai sekarang. Banyak kali rasanya teguran terbuka daripada saya. Tapi nampaknya masih sama. Sayang seribu kali sayang kerana nasihat tidak pernah berhasil. Kita nasihat sebab sayang. Kita marah sebab prihatin," katanya.


"Pergilah Aliff dengan keduniaan itu. Satu masa kamu akan terduduk dan menyesal. Satu masa Aliff akan faham populariti itu sementara. Satu masa kamu (Aliff) akan faham bahawa semua benda yang dia buat atas tujuan marketing ini hanya akan berakhir di dunia.

"Sudah-sudahlah saudara Islamku. Buatlah sesuatu yang memberi makna pada kehidupanmu dan akhiratmu. Kamu masih punya waktu. Jangan sia-siakan ia dengan berjoget dan menyanyi semata-mata.

"Insan yang telah lama menyepi daripada teguran terbuka dan mungkin kini akan kembali semula apabila hati tidak keruan melihat pelbagai jenis maksiat moden bermaharajalela hari ini," ujar pendakwah bebas iaitu Da'i Wan Dazrin yang tampil menegur aksi kurang sopan dipamerkan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi Baby Shima.

Klik untuk gambar besar



Penularan video teaser lagu terbaharu berjudul 'Baby Sayang' yang dimuat naik Aliff Syukri turut mendapat perhatian pendakwah bebas tersebut yang membuat teguran terbuka itu menerusi Instagram Story miliknya.

Sudah berkali-kali memberi teguran secara terbuka sebelum ini, Wan Dazrin menganggap usaha itu sebagai sia-sia apabila Aliff tidak pernah mengambil iktibar untuk berubah.

Dalam perkongsian sama, Wan Dazrin berkata, dia tidak mahu melihat suatu hari nanti Aliff Syukri akan menyesal dengan semua tindak tanduknya yang hanya bersifat sementara di dunia.

Wan Dazrin turut menasihatkan supaya Aliff Syukri berhenti melakukan perbuatan sedemikian dan memberi tumpuan kepada perkara memberi makna dalam kehidupan.


Lama mendiamkan diri daripada mengulas dan menegur, Wan Dazrin turut memberitahu akan lebih aktif memberi nasihat selepas ini kerana melihat perbuatan maksiat semakin berleluasa.

Video teaser berkenaan dihujani dengan pelbagai kecaman netizen yang kurang setuju dengan aksi keterlaluan Shima bergelek selain sikap Aliff Syukri yang tidak serik selepas pernah dihentam atas tindakan sama sebelum ini.

Selepas beberapa jam ia dimuat naik, Aliff kemudian menyah aktifkan ruangan komen di Instagram miliknya. Bagaimanapun menerusi komen balas kepada pelakon Aeril Zafrel yang sempat diberikan, Aliff meluahkan rasa kecewa kerana menerima kecaman.

"Saya sedih. Kenapa ramai kecam saya. Saya kecewa," ucapnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: