11 August 2022

UMMI NAZEERA: "EH RAMAI DAH BUKA TUDUNG... IT'S NOT NORMAL, IT'S NOT RIGHT"



Sejak akhir-akhir ini isu artis membuka hijab semakin menjadi-jadi dan menjadi topik hangat untuk dibicarakan netizen. Tidak ketinggalan, pelakon Ummi Nazeera turut tampil memberikan pandangannya berkaitan dengan isu semasa tersebut.


Menurut Ummi, bagi mereka yang berhijab, jangan menganggap perbuatan membuka tudung itu adalah sesuatu yang normal dan tidak salah. Dalam pada itu, Ummi juga turut berpesan untuk mendoakan perkara yang baik buat mereka yang kembali tidak bertudung.

"Eh ramai dah buka tudung, maknanya yang lain boleh buka tudung. It's not normal, it's not right. Jadi saya minta orang disekeliling saya yang menyayangi saya, doakan saya supaya saya tidak membuka tudung.

"Saya risau itulah saya punya pengakhiran. Kita tidak tahu pengakhiran kita macam mana, sekarang ini saya pakai tudung, saya tidak tahu pengakhiran saya bertudung atau tidak," katanya.

Klik untuk gambar besar



"Mungkin rakan-rakan artis kita yang sudah buka tudung nanti pengakhirannya dia pakai tudung. Kita tidak tahu. Amin... Insya-Allah, Amin. Cuma saya doakan mereka jumpa balik jalan tu. Apa yang saya nak cakap it's not something wrong, ifyou're not ready, you're not ready.

"Saya tak cakap ifyou're not ready dont wear, no, ifyour not ready not ready. Cuma kalau dah pakai tu dont make it something normal lah nak buka sebab ramai sebenarnya sekarang, dah macam jadi satu penyakit.

"Tapi Allah sangat menyayangi orang yang masih ingatkan dia. Bila kita lupa, kita pusing balik. Sebab kelebihan kita ini adalah kerana kita ada nafsu. Itulah kelebihan manusia kenapa Allah sayang sangat pada kita sebab kita ada nafsu pun kita masih pusing balik pada Dia," katanya.

Perkongsian itu juga menerima reaksi positif netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Ummi selain menyukai cara percakapan dan susun atur ayat pelakon itu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: