02 September 2022

AKSI ABANG UMMI NAZEERA & RALINE SHAH PIMPIN TANGAN CURI PERHATIAN, KATA 'BAGAI PINANG DIBELAH DUA'



Ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini, kemunculan abang kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Nazreem Musa bersama pelakon terkenal Indonesia, Raline Shah telah mencuri perhatian.


Menerusi video yang dimuat naik Nazreem di akaun TikTok miliknya, ramai menyangka dia dan Raline adalah pasangan kekasih apabila melihat kemesraan ditunjukkan dalam rakaman tersebut.

Tampil berpimpinan tangan ke majlis berkenaan, rata-rata menganggap Nazreem dan Raline kelihatan serasi sebagai pasangan dan mempunyai aura tersendiri.

Tidak hanya Nazreem, penampilan Raline dalam gaun putih turut mendapat pujian peminat sehingga ada mengusik mereka sepadan sebagai pasangan.

"Sepadan, serasi semualah! Vibes mereka suka sangat." - "Bagaikan pinang dibelah dua, sweet sangat," tulis netizen di ruangan komen video berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Nazreem juga dilihat kerap berkongsi foto bersama penyanyi Daiyan Trisha sehingga timbul gosip mengatakan mereka mempunyai hubungan istimewa. Namun Daiyan pernah menjelaskan perkenalan selama dua tahun itu tidak lebih daripada sahabat baik.

Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 30,000 tanda suka dengan komen yang turut memuji penampilan kacak personaliti itu. Netizen seakan-akan 'tidak tentu arah' melihat ketampanan Nazreem mengenakan sut rona hitam yang dikatakan begitu sesuai dan menyerlahkan gaya maskulin.

"Suka tengok Nazreem pakai sut, kacak!" - "Nazreem ni kalau pakai sut nampak handsome, dia macam vibes watak dalam novel. Apatah lagi kalau pakai baju Melayu." - "Elok pakai sut dengan rambut kemas macam itu, auto kacak," tulis netizen lain pula.

Untuk makluman, Raline cukup terkenal menerusi lakonannya dalam filem seperti 'Syurga Yang Tak Dirindukan', 'Orang Kaya Baru', '5cm' dan '99 Cahaya Di Langit Eropah'.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: