27 September 2022

AL-FATIHAH - BAPA QI RAZALI DIJEMPUT ILAHI



"Assalamualaikum. Ayah saya baru pulang ke Rahmatullah malam tadi. Saya nak mintak semua yang mengenali saya dan keluarga saya untuk sedekahkan Al-Fatihah dan doakan yang baik2 untuk arwah ayah saya, Muhammed Razali bin Abdullah.


"Jika dia pernah tersalah kata harap ampunkan, jika ada hutang yg belum langsai harap halalkan. -Innallillah wa Innallillah hirojiun- Semoga tenang Papa di sana."

Demikianlah tulis pelakon dan pengacara, Qi Razali yang memaklumkan bapanya, Muhammad Razali Abdullah disahkan meninggal dunia malam tadi. Qi berkongsi berita duka itu menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian foto yang dimuat naik, rata-rata rakan selebriti dan peminat meninggalkan komen mengucapkan takziah kepada Qi atau nama sebenarnya Qushairi Muhammad Razali.

Selebriti yang merakamkan takziah buat keluarga Qi antaranya Nas-T, Mimi Fly, Fad Bocey, Fizo Omar dan Mustaqim Bahadon.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: